Mungkin Ramai Yang Tak Kenal Siapa Lelaki INi Dan ‘Pacer” Dalam Perlumbaan Basikal Final Datuk Azizul Tadi

Tadi pengulas sukan kita Tuan Zainal Abidin Rawop ada sebut lebih kurang begini, “Kenapa pacer acara keirin tu bagi kepada warga emas (orang tua)”.

Beliau sebut ni pun selepas baca tweet daripada Rakyat Malaysia. Hahaha.

Gais, itu bukan sebarangan orang tua tau. Beliau merupakan bekas pemenang Pingat Gangsa Olimpik Los Angeles 1984 dalam acara Sprint Individu.

Pada Olimpik Tokyo 2020 kali ini beliau yang kini berusia 59 tahun telah diberi penghormatan untuk menjadi ‘pacer’ bagi acara keirin.

Kesimpulannya, ‘orang tua’ yang bernama Sakamoto Tsutomu ni bukan ‘orang tua’ yang biasa-biasa ya. OLIMPIAN tu.

Sakamoto Tsutomu san, Otsukaresamadeshita.

Arigatou Gozaimashita.

KENALI APA ITU ‘PACER’ DALAM PERLUMBAAN BERBASIKAL KEIRIN?

Lumba basikal keirin adalah antara acara sukan yang amat dinantikan ramai kerana terdapat wakil negara yang bertanding diperingkat antarabangsa iaitu Datuk Azizul Hasni Awang dan juga Shah Firdaus.

Keirin adalah perkataan Jepun yang membawa maksud perlumbaan beroda dan ia mula dimainkan pada tahun 1948. Ketika itu acara itu dilakukan untuk perjudian sama seperti lumba kuda. Namun lama kelamaan, ia dilihat berpotensi pergi jauh, dan akhirnya diiktiraf sebagai acara rasmi Persekutuan Basikal Antarabangsa, atau Union Cyliste Internationale (UCI).

Perlumbaan keirin dimainkan dalam jarak 2km, atau 8 pusingan trek velodrome 250m, atau 6 pusingan trek velodrome 333m. Pada pusingan pertama, pelumba akan mengekori seorang manusia yang menaiki motosikal atau basikal elektrik yang dipanggil sebagai pacer.

Ketika dibelakang pacer, pelumba tidak dibenarkan memotong dan kelajuan akan dinaikkan perlahan-lahan dari 25km/j kepada 50km/j dan ketika jarak garisan penamat sekitar 600m, pacer akan ketepi bagi memberi laluan kepada pelumba untuk memecut laju hingga ke garisan penamat.

Cara Pertandingan

Pusingan pertama

Senarai pelumba yang layak seramai 24 orang akan dibahagikan kepada 4 saringan pusingan pertama dan setiap saringan mempunyai 6 pelumba. Pemenang nombor 1 dan 2 akan layak ke pusingan kedua, manakala yang lain akan bersaing dalam pusingan repechage.

Repechage
Pusingan khas ini adalah sebagai memberi peluang kedua kepada pemain untuk mara ke pusingan berikutnya. Ia akan dijalankan dalam 4 saringan dengan 5 pelumba setiap saringan. Hanya pemenang di tempat pertama layak ke pusingan kedua.

Pusingan kedua
Pusingan kedua dibahagikan kepada 2 saringan, dengan 6 pelumba setiap saringan. Pelumba nombor 1, 2 dan 3 dari setiap saringan layak ke pusingan akhir, manakala pelumba nombor 4, 5 dan 6 akan berlumba di pusingan penentuan tempat ke-7 hingga 12.


Pusingan akhir

Pusingan ini terdiri daripada 6 pelumba dan pelumba yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga layak memenangi emas, perak dan gangsa.

sumber: Keirin Magazine / Tv-Keirin

Pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang k0men anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua k0men yang ditulis disini.

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*